Sepatutnya sambungan untuk part 2 ni buku yasin yang dah siap. Tapi dugaan Allah tiada siapa yang tahu bila Office Ku dipecah masuk. Dengan PC kesayangan ku sekali hilang! bertapa sedihnya time tu. sobs..sobss...
Tapi sebelum kejadian kita dah siap print mockup untuk mintak pengesahan dari Masjid (Ustaz Yang Bertanggungjawab) sama ada Yasin yang kita buat tu betol atau tak. Yela Bab-bab agama ni bila lagi-lagi nak print dalam kuantiti yang banyak eloklah dapat pengesahan kan. Kang tersalah Tajwid ke apa parahh pulak..
and ni la mockup yang sepatutnya dah boleh print secara banyak tu. Kebetulan print 3,4 buku sebab ada yang terprint double page. So yang Final dah betul tinggal nak mintak pengesahan sahaja tapi mybe ada hikmah disebaliknya semua fail artwork kita semua hilang sebab PC semua hilang..
Muka depan DIY Yasin saya. Kalau ingat lagi tema kita nak buat macam buku sekolah guna Craft Paper dan macam buku sekolah agama la konon.. Tu tajuk depan siap korang boleh tulis nama Hak milik siapa yang dapat.. ^,^
dan belakang dia kita ada tulis satu "quotes" dan ikhlas dari kita dan pasangan... Tapi kecil jela kalau besar-besar Riak pulak orang kata.. Tulis nama pon at least ada la kenangan untuk kita kan..
bahagian dalam dia pulak macam buku sekolah betol2 siap ada garis-garis lagi....
Tapi.....
Kalau ikutkan kita, boleh je print ni balik sebab ada dalam emel yang kita pernah send untuk email. Tapi kita tukar 100% dan buat balik since PC kita dah hilangkan.. sebab Tajuk dia siap ada amalan pilihan Tapi dalam sebenarnya tak cukup info tu. Kita more focus pada doa Sebelum bacaan yasin, Al-fatihah, selawat, Yasin, (senang cite yang basic orang selalu buat.) dan dsb. Garisan dalam buku tu pon kita buang, Tukar Font dan menambahbaikkan apa yang patut..
So sebulan kita ambil masa untuk buat yang baru memandangkan kita buat bila time free dekat Office dengan kebenaran BOS. kang tak berkat pulak kan buat kerja time office hours.
Ni lah muka depan kita yang sekarang! Concept kita still sama
Clean + Craft/Recycle Paper + Buku sekolah agama + hand writing
Bahagian dalam dia pulak kita tambahkan texture more islamic dan jenis font konon-konon macam kita yang tulis la kan.
dan satu ruangan kosong NOTA mana la tau siapa yang dapat tu tiba-tiba tengah dengar ceramah ke nak tulis note boleh la kan tulis if emergency kes.
Kalau ikutkan hati mesti korang akan kata susah-susah je buat sendiri bagai kan. Tapi bagi yang gemar DIY dan dia tahu ape itu sentimental value for sure akan lebih gemar buat sendiri selain Jimat, Kepuasan dan Pengalaman.
Oraite tula sambungan DIY nye.. Selamat mencuba dan if korang rasa susah je nak buat kita boleh tolong bagi yang korang boleh print just pilih paper je senang!.and its FREE okay..
bye!