Monday, December 29, 2014

Underground Jayllytaa




بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

p/s: Sebelum tu terima kasih pada yang sabar dan setia menanti reply emel dari saya mengenai #2 DIY BUKU YASIN ada yang sampai dah terlepas majlis nye baru saya terhengeh-hengeh reply. Maafkan saya..aihh nak tolong orang tapi lagi reply lambat -,-'












Koranggggggg....!!!!!!
malu la nak cakap



Saya dengan rasminya dah ada produk atas jenama blog kesayangan saya sendiri JAYLLYTAA Enterprise. Alhamdullilah. Saya buat produk atas dasar minat pada jenis-jenis kain ni. Warna-warna dia buat saya uhhhhh boleh lupe jap kerja dekat Office yang bergunung. Eh?!





Even just buat atas dasar minat tapi kita ni buat dengan penuh tekun dan seriuss mak enot okay! Jangan pikir kita nak duit je. Tak baik tau. Jayllytaa lebih dikenali di underground jewrrr uolls. Takda lah target nak famous amous sangat kan. Tapi cita-cita mesti mau terbang tinggi. 






Alhamdullilah tak sampai seminggu stock yang ada tinggal beberapa helai je yang tinggal.. See underground nye kawan-kawan sungguh padu sokongan dorang. Ko ghase? Nangis la macam ni. Sebab Jayllytaa produce quantity yang sedikit but high quality and variety color.  












To be continue.. Tengok pic la pulak korang bukan nak baca pon.. Eh?! sentap!





























Ouhh lupa cakap kita ni jual shawl. Nampak tak label tag yang malu-malu anak kangaroo nak tunjuk kan diri.












Shawl yang kita pakai ni nude color 














panjang dia 2 meter jangan risau mesti boleh lilit ikut creativity uolls. Jangan sampai tersalah lilit terbelit lain pulak sudah!

















Ni la masalahnya kenapa underground sebab kita malu la nak jadi model untuk uolss ni. Aihhh segan nya kita......!!!!! Pagar berkunci la pulak, ko main kan aku eh pagar?!











alamakkkkkkk ada orang, pandang depan cepattttt!!!














okayyyy line clear!! DIVA cikedd! GRR!



















Credit Pic to my one and only! Sekejap je ajar sepantas halilintar dia faham.. Klik, klik, klik sampai non stop dia klik.. hahah! Good Jobs B!











Doakan kita tau uolls. Nanti next kita update warna dan details. Alaa kita tau korang tak tanya kita memang kuat membebel pOnnn. -,-'









tapi untuk cepat ley skodeng kita kat IG or page FB Jayllytaa 









Bye!




* post ni dah lama ada dalam draft terbuku.




*update : kita tak sampai hati nak post apa-apa lagi buat masa sekarang bagi menghormati apa yang terjadi di negara kita sekarang.





Thursday, August 28, 2014

#3 DIY OOTD by Jayllytaa

Salam and happy Thursday everyone! 


DIY kali ni berbeza sikit tau, bukan nak buat hasil craft atau sebagainya tapi kali ni kita DIY outfit kita tak kesah la harian ke, untuk hari raya adiladha ke raya haji ke raya cina ke macam-macam raya yang korang create sendiri pon boleh.. Janji DIY OOTD hottss meletop yang korang impikan. 




Opps sebelum tu... Raya yang lepas Alhamdullilah saya dah bertunang pada raya yang ke3! Dan Alhamdullilah banyak yang saya dan tunang menDIY bersama.. (amboiirosakbahasa) Tapi Engagement DIY tu saya akan cerita next time okay! 

DIY kali ni kita buat OOTD by Jayllytaa.. Sebabkan raya tahun ni akan busy dengan nak masuk dapur ulang alik then my couzin tunang pulak pada raya ke 4 so rasa penyakit "M" tu membuak untuk tak pakai baju kurung pada hari dia tunang.. SO nak pakai ape yang still nampak menghormati majlis dan pada masa yang sama kita boleh buat kerja dengan selesa yang mungkin, setangkas halilintar dan sejelita Siti khadijah -,-"

  






Jadi OOTD by Jayllytaa pada hari raya ke 4 ialah "seluar" yang lebih familiar digelar Palazzo Pants . Serius ni OOTD terbaik dan selesa untuk dipakai dengan angin sepoi-sepoi bahasa so taklah panas atau berlecak diri korang bila buat keje kan. 









Palazzo Pants by Jallytaa ni kita buat sendiri. OPPS! bukan kita hantar jahit kat Tailor (memandangkankitatakpandaimenjahit BUT onedayakanpandaijahit hehe berangan!). Selalu nya kan kalau jenis kain macam ni orang buat kain payung, duyung, lipat, belah, but kali ni korang boleh cakap nak buat Palazzo. Memang dekat luar ade je jual yang dah siap but tak muat size la.. Cutting dia bukan citarasa la so korang buat sendiri cari kepuasan sendiri senang! Yang pandai jahit lagi jimat korang boleh jahit sendiri. 







Tips kain ni jenis Cotton jadi bila pakai lepas basuh akan jadi pengecutan sedikit. Jadi tips paling bernas diri ni dan sebenarnya sayang nak membazir kain masa Tailor ukur untuk tinggi suar saya cakap jangan potong langsung. Saya nak labuh2 tu even tinggi bukan la macam model hahha. Bila dah dapat amik ko labuh segelupok so kita pon lipat dah jahit jelujur SENDIRI. Dan bila nak pakai untuk kali ke 3 suar tu dah nampak senting jadi yg jahit Jelujur sendiri tadi tu dah boleh buka.. Kan dah jadi model molek gitu!





Tips lain buat sesuatu biar make sure boleh pakai untuk macam-macam majlis jadi takda la membazir! Jangan terlampau ikut edaran fesyen sangat nanti bergunung la baju dalam almari korang. Jadi Palazzo by Jayllytaa ni aim dia boleh dipakai seiring sejalan pada kenduri, hari raya, kerja, jalan, dating, duduk umah untuk melaram bersama suami! hehe 







And last but not least Blog Jayllytaa ade menjual kain OOTD by Jayllytaa ni.. Amacam happy tak????? Please la happy.. Cantik sama-sama kita! eh? cantikkekau! Tapi korang boleh buat dengan macam-macam kain ni nak buat baju pon boleh tau.. 





Jap gagahkan diri untuk kongsi idea bersama minda korang...











Okay ni semua dari client IG Fyzaza pandai dorang semua ni "me manipulate" kain yang berukuran 2 meter untuk nampak GAH dekat diri masing-masing.. OUH yeahh nampak pic terakhir abang tu?? tu dia gune kain bini dia.. BAGUS tak? hahah Bagus nye wife dia la buat kain boleh gune 2 in 1.. Sayang Abang sangat ni..









Dan pic ni menggunakan kain #3 Biru boleh lihat corak-corak kain yang lain dekat bawah okay..! Kalau berminat dah terang lagi bersuluh boleh la emel dekat ctjelita@gmail.com 
 Selamat Menjamu Mata Hati Minda Selera.... Hamboii!
















































#1 Jingga

#2 Merah Hati






#3 Biru

#4 Merah





#5 Ungu

#6 Biru






#7 Merah


#8 Biru





#9 Biru

#10 Dark Purple


#11 Hitam







#12 Merah

#13 Biru









Bye!









Friday, July 11, 2014

#2 DIY Buku Yasin (Part 2)

sambungan...




Sepatutnya sambungan untuk part 2 ni buku yasin yang dah siap. Tapi dugaan Allah tiada siapa yang tahu bila Office Ku dipecah masuk. Dengan PC kesayangan ku sekali hilang! bertapa sedihnya time tu. sobs..sobss...




Tapi sebelum kejadian kita dah siap print mockup untuk mintak pengesahan dari Masjid (Ustaz Yang Bertanggungjawab) sama ada Yasin yang kita buat tu betol atau tak. Yela Bab-bab agama ni bila lagi-lagi nak print dalam kuantiti yang banyak eloklah dapat pengesahan kan. Kang tersalah Tajwid ke apa parahh pulak..








and ni la mockup yang sepatutnya dah boleh print secara banyak tu. Kebetulan print 3,4 buku sebab ada yang terprint double page. So yang Final dah betul tinggal nak mintak pengesahan sahaja tapi mybe ada hikmah disebaliknya semua fail artwork kita semua hilang sebab PC semua hilang..









Muka depan DIY Yasin saya. Kalau ingat lagi tema kita nak buat macam buku sekolah guna Craft Paper dan macam buku sekolah agama la konon.. Tu tajuk depan siap korang boleh tulis nama Hak milik siapa yang dapat.. ^,^




dan belakang dia kita ada tulis satu "quotes" dan ikhlas dari kita dan pasangan... Tapi kecil jela kalau besar-besar Riak pulak orang kata.. Tulis nama pon at least ada la kenangan untuk kita kan..









bahagian dalam dia pulak macam buku sekolah betol2 siap ada garis-garis lagi....










Tapi.....





Kalau ikutkan kita, boleh je print ni balik sebab ada dalam emel yang kita pernah send untuk email. Tapi kita tukar 100% dan buat balik since PC kita dah hilangkan.. sebab Tajuk dia siap ada amalan pilihan Tapi dalam sebenarnya tak cukup info tu. Kita more focus pada doa Sebelum bacaan yasin, Al-fatihah, selawat, Yasin, (senang cite yang basic orang selalu buat.) dan dsb. Garisan dalam buku tu pon kita buang, Tukar Font dan menambahbaikkan apa yang patut..












So sebulan kita ambil masa untuk buat yang baru memandangkan kita buat bila time free dekat Office dengan kebenaran BOS. kang tak berkat pulak kan buat kerja time office hours.








Ni lah muka depan kita yang sekarang! Concept kita still sama
Clean + Craft/Recycle Paper + Buku sekolah agama + hand writing







Bahagian dalam dia pulak kita tambahkan texture more islamic dan jenis font konon-konon macam kita yang tulis la kan.











dan satu ruangan kosong NOTA mana la tau siapa yang dapat tu tiba-tiba tengah dengar ceramah ke nak tulis note boleh la kan tulis if emergency kes.











Kalau ikutkan hati mesti korang akan kata susah-susah je buat sendiri bagai kan. Tapi bagi yang gemar DIY dan dia tahu ape itu sentimental value for sure akan lebih gemar buat sendiri selain Jimat, Kepuasan dan Pengalaman.








Oraite tula sambungan DIY nye.. Selamat mencuba dan if korang rasa susah je nak buat kita boleh tolong bagi yang korang boleh print just pilih paper je senang!.and its FREE okay..








bye!














Tuesday, April 15, 2014

Copy Cat dan IKHTIBAR







MUHASABAH diri..



Tapi bila saya terbaca status sorang hamba Allah ni yang juga abang saudara ku,  buatkan saya lebih celik minda, terang hati, Ikhtibar diri.









HEBAT!
Ada pengajaran dekat situ... redakan hati dengan berzikir lama-lama bila hati dah reda, fikiran dah boleh fikir secara rasional baru kita nampak kelebihan di sebalik kekusutan yang berlaku.




Terima kasih Allah.