Thursday, February 20, 2014

Review: SELEPAS PENGGUNAAN DEEP CLEANSING OXYGEN MASK


Ingat lagi tak saya pernah buat review mengenai DCOM ni yang Oxygen POP POP dekat muka tu! Tapi time saya cerita tu saya tak pakai lagi kan just uar-uarkan adanya product tu sebab tak kesempatan nak pakai kan...






TAPI...TAPI!!!!!








Sekarang saya nak review selepas dah masuk botol yang ke3.. hehe sorry agak kelewatan disini. Mula-mula rasa malu je nak update blog pasal ni. Tapi fikir-fikir balik dah janji nak buat review bila dah pakai kan. (adekeorangbaceperasanje) Tak kesah la kan kita share je la ye pengalaman pakai DCOM ni.











Okay masa mula-mula dapat liat sikit nak pakai tapi sebabkan dulu ada stop pakai 1 produk ni muka ada naik ruam-ruam kecik yang tak pernah kene. Gundah gulana la jugak rasa. ISH dah kenapa kan tak pernah jadi macam ni tapi dalam hati sabar Allah nak Uji la ni..









So teringat produk ni then pakai la tu pun sekejap pakai sekejap tak.. Tapi masa first pakai BETOL-BETOL SEGAR la rasa muka ni. Tengok cermin pon rasa macam aihhh awat segar je nampak. Feeling sangatttt uolls!! Tapi ruam-ruam kecik tu still ada la cuma jadi lembut. Kalau tak keras je nak kata jerawat nasi tak tapi camtu jela. Lama juga 4 bulan tau ade je ruam tu.












Dalam hati fikir okay kat situ tulis sekali atau 2 kali penggunaan seminggu.. Takpelah seminggu sekali jela nak pakai Jimat  then produk baru takot terkejut kulit muka ni nanti kan. Niat dalam hati takpelah muka tak putih asalkan hilang la ruam-ruam tadi. Dari ruam, tangan duk gatal terus jadi jerawat.. aihhhh.. -,-'











So tiba-tiba tergerak hati tanya kawan (LELAKI) ehh muka dulu ada jerawat hilang dah pakai apa? Pakai DCOM tula.. UHHH?? Dia ni biar benor.. Pastu dia terus cakap dia bukan nye pakai seminggu 2 kali tapi hari-hari.. AMBOI kaya benor kau!! Dia buat DCOM ni jadi pencuci muka terus ada je dekat toilet rumah dia. Eh??? JAPPPP!! boleh ke pakai hari-hari?? Dia kata boleh je sebenarnya elok je pakai hari-hari sebab oxygen kan dari muka kita berhabuk sesak dah dia, kita bagi oxygen habis cuci semua sebab tu segar.. Tapi sebabkan jimat tu dia kata pakai 2 kali seminggu.








Okay rupanya macam-macam cara dorang pakai Deep Cleansing Oxygen Mask ni dan cara saya pakai pulak jauh lebih STYLE tau.. Taknak kalah juga -,-'







First pakai muka kene kering then tempek-tempek kan dekat muka jangan sampai sekata tau sebab nanti oxygen nak POP POP dekat muka korang.. nah tengok gambar bawah ni kalau korang still tak dapat gambar kan..



ni pun lambat snap picture oxygen dah nak MELETOP dah baru teringat nak review dekat blog. Tapi korang boleh bayangkan dah kan sekarang cara pakai dia macam mana?? JANGAN SEKATA kan.! Biar la dia berkumpul seketika di muka tu dan saya letak BANYAK dekat tempat yang ruam @ jerawat @ jadi bekas jerawat sekarang Deep Cleansing Oxygen Mask ni. Biar bagi dia nafas baru sikit.. Bila Pakai rasa mengenyam cikit sebab dia Letop-letop kan. Biarkan la dalam 10-15minit Tapi lepas tu bila tengok cermin..........






















....


































hehehe patot la gatal muka ni jadi Buih-buih dengan sendiri nya, tu oxygen sudah terjadi.. Tapi lepas dah habis muka ni naik seram banyak buih saya pon ratakan buih sambil jari-jari tembun ni mengurut-urut muka. Dan biarkan untuk jadi mask pulak. Perasan kan nama pon DEEP CLEANSING mencuci hingga ke dalam OXYGEN MASK  dan jadikan sebagai oxygen mask.









Lepas rasa puas hati nak basuh so boleh la basuh ikut suka korang la nak pakai berapa lama ikutkan hati ni tak nak membazir tu pakai sampai setengah jam..hahaha! HUH ni nak cuci pulak pergi buka peti ais then ambil air batu ketul-ketul yang ada jangan ambil satu tong marah kang mak korang then letak dalam gayung alaa selalu 3 ketul ais je letak then agak-agak air tu sejuk yang boleh buatkan muka korang rasa kesejukan tu bilas la muka tu sambil urut-urut muka macam nak cuci muka gune pencuci muka tu nanti kuar buih lagi.. TAPI AIR SEJUK SANGAT TAK ELOK OKAY! Then pergi cari cermin tengokkk arghhhhhhhhh segarrrrrrr!!!!!! Lepas dah lap muka la jangan air tercicir-cicir dah tak sabar nak tengok cermin.






Okay tapi cara pakai ais tu diri ni yang mandai-mandai je tapi tula cara saya pakai ✌ klau korang rase lagi best pakai macam biasa terserah dong! OPPSS! lupa saya pakai malam sebelom tido dan kalau rajin seminggu terus hari-hari pakai.















EHHHH...





Hasilnya now tinggal bekas-bekas jerawat tengah di usahakan untuk bikin hilang bekas-bekas ni. Taknak dah putih sepantas kilat, selaju petir, setangkas halilintar. Asalkan kulit muka ni segar, sihat, ceria je bila di belai dah Alhamdulliah..






tips yang saya beri tu cara DIY facial hujung minggu dirumah, almaklumlah tak pernah pergi facial-facial ni takot dan Jimat kan.







ouuhhyeahh.. nak saya belikan??
okay emailkan dekat ctjelita@gmail.com nanti saya reply In Syaa Allah.







okay selamat mencuba uoollsss!





Di Antara Kebaikkan 
CX O2 Essence 
Deep Cleansing Oxygen Mask adalah :

*Diformulasi bagi merawat masalah kulit seperti jerawat, jeragat, bintik hitam..

*Memutih dan mencerahkan kulit..

*Melambatkan proses penuaan kulit..awek muda..kulit tegang..

◆ Active ingredients CX O2 Essence:Oxygen,Grape Seed Oil,Green Tea Extract,Yeast Extract, etc..

◆ Produk ini di buat/kaji dekat Paris and it's manufactured in Singapore. Ianya juga memberi kesan serta merta kepada pengguna..

◆ Dengan harga RM 72, Anda akan merasa perbezaannya, Deep Cleansing Oxygen Mask adalah product yang semakin popular di kalangan orang ramai, silakan mencuba...

★ O2 Essence
★ Deep Cleansing Oxygen Mask..

◆ Bertidak sebagai serum bagi merawat masalah kulit



Boleh lihat di Fb Deep Cleansing Oxygen Mask

Wednesday, February 19, 2014

#1 DIY Buku Yasin (Part 1)



Haiihh dah lama impikan nak DIY buku Yasin sendiri dari zaman sekolah rendah sampai masuk zaman kolej paling minat DIY-DIY ni. Jadi Pengerusi untuk Kelab Seni sekolah buat kan hati ni lebih terdorang ke arah seni-seni ni.. Even lari sikit bidang dari family yang kebanyakan minat MATEMATIK dan SCIENCE tapi hati ni tak pernah pun abaikan subjek yang wajib tu. Cuma TAK POWER je.. -,-"







Sebabkan tu juga bila masuk Kolej hati ni decide nak ambil Course berkaitan seni juga. Yela adik-adik manis cuba bayangkan kalau kita ikut je semua aturan orang lain tapi hati kita tak minat pun apa yang orang decide kan untuk kita tu agak-agak boleh pergi jauh ke apa yang kita ambil tu?? HUH? termenung terus! TAPI!! Restu parents penting sangat.. yela even bukan dorang yang aturkan tapi kalau tanpa restu dan redho dorang korang fikir boleh berjaya ke?? Memey la Allah yang tentukan tapi berkat doa siapa kalau bukan dari parents kan.. TerEMO pulak! 







Dulu diri ni pun pernah merasa hidup di aturkan.. tak boleh masuk kolej tu...kene masuk kolej ni.. tapi bila dalam hati ni ade perasaan jenis GIVE and TAKE so semua menjadi mudah. Cara nya okay saya dah ikut cakap parents kene 1 kolej dengan kakak tapi Course ape biar saya yang pilih. Ikut kan mama nak 100% semua sama macam kakak saya. Tapi semua orang tau SITI KHADIJAH ni lain dari lain. Minatnya tak sama,tujuannya ke arah mana.. Pernah la time buat final project mama macam tak give support sebab course ni banyak habiskan duit but tau dalam hati dia still doakan anak dia berjaya. Masuk bilik nangis Abah datang peluk tenangkan sementara tunggu abang nak hantar balik hostel.. uhhhhh dramanya dulu....







opppssss habis la ek luahan seketika ni..hehe







TADAAAA.....
ni pon salah 1 DIY yang pernah saya buat time Study dulu. Lecturer saya still simpan even dah 4 tahun. Kene buat sorang-sorang assignment ni mengenai apa tak berapa ingat la tapi dia macam kene combine hasil kerja kita buat dekat flash,AI dan PS cerita kartun tu..(pelupa sungguh lahai..) so tiba-tiba hati ni terfikir buat buku la then kena guna barang-barang terpakai untuk elak pembaziran. Size pulak buat size bebas tapi dari dulu memey suka benor dengan size kecik a4 lipat 4 tu.. sebab dia kecik dan flexible je rase. Berkat tunjuk ajar LECT juga la adenya saya sekarang.. Alhamdullilah.









So now...






#1 DIY Buku Yasin (Part 1)









Antara sebab-sebab nak DIY buku yasin sendiri sebab faktor-faktor utamanya KEPUASAN! Kalau ada kenduri ke apa nanti senang la boleh bagi buku yasin ni kan. Ikutkan nak tempah tapi kalau nak dalam 200 je harga 1 je pon dah mahal apa kata usaha alternatif lain dengan buat sendiri. PUAS sebab hasil titik peluh sendiri even buat duduk dalam office yang berAIR-Cond.






Part yang susah nak cari Surah yasin dalam tulisan jawi tu.. uishh PC ni bukan nye ade font-font jawi pun so bila dah jumpa tak boleh baca pulak punya la frust dah la download nye lama. Then ada baca blog tu (tak ingat blog apa) dia pun DIY yasin sendiri time kenduri dia then kalau nak PDF file yasin tu dia boleh bagi just bagi emel..tapi tunggu..dan tunggu tak nampak pun bayangnya akan dapat file tu -,-'







So nak dipendekkan cerita, ada 3 jenis Yasin yang jumpa tapi ada yang maksudnya dalam bahasa English, then ada yang yasin semata-mata, ada yang makna nya satu-satu macam susah nak baca. SO sebab kan nekad nak buat even hati ni dah berontak-rontak uishhh payah nye tapi kuatkan semangat combine kan apa yang ada.









Sebakan nak jimat dan memang dari dulu minat Craft Paper ni so terfikir untuk buat style buku sekolah.
Boleh bayangkan tak??











Jadi ni lah hasilnya.. Isi kandungan ni almost done! Cuma tunggu pergi print dan jadikan 1 sample buku untuk double cek apa yang patot. Kadang-kadang kalau kita tengok dekat PC macam okay je semua bila dah print baru la nampak cacat cela yang terselit-selit...











okay nanti tunggu PART 2 hasil dia macam mana pulak okay!







Allhamdullilah kalau niat kita baik Allah pasti tolong.. 








D : doa     
U: usaha   
I : ikthiar 
T : tawakal






Terima kasih.


Tuesday, January 21, 2014

Syazwan pegang kata-kata BILL GATES?



Syazwan pegang kata-kata BILL GATES?

HAI WAN !! (baca molek-molek)
Eh siapa Syazwan ni?? Siap nak pegang kata-kata Bill Gates!! Dia adalah salah seorang owner agency periklanan yang ada dekat Malaysia ni.. dan juga bos gua derrr!! untung bos dapat masuk magazine.. so dengan rasminya saya adalah staff dia.. AMACAM?? 





Rencana ni keluar dekat majalah Mingguan Wanita BIL 1567 29 November - 05 Disember 2013
kiranya dah lama la kuar sebulan lepas dah baru sibuk-sibuk nak bercerita.. Biasalah uolls orang sibuk selalu macam ni la perangai.




Sebelum ni saya tak bekerja secara tetap dengan company ni.. just secara freelance memandangkan sebelum ni pon pernah cerita kan yang saya kerja dengan produk kecantikan (entry dah delete). Setengah tahun la juga kerja di sana tapi disebabkan terlampau jauh dan susah kerana menumpang orang so terpaksa la berhenti. 




Dengan situ lah bermulanya titik permulaan saya bekerja dia company ni.
Alhamdullilah still ada rezeki lagi. Gaji zaman sekarang ni memang penting tapi persekitaran tempat bekerja pon penting juga kan kalau tak macam mana nak buat kerja.. Apa-apa pun sentiasa bersyukur dan fikir orang lain lagi susah dari kita so diri akan sentiasa muhasabah.. (okay lari topik!!!)









Syazwan dapat peluang untuk mengisi kekosongan ruang yang ada dalam Majalah tersebut.. so kene prepare beberapa keping gambar luar. Tengok tu gambar ade kereta tu.. Uhhhh tu saya la shoot! (nampak cara cakap orang belagak! hahah) kita ni Graphic a.k.a Photographer pencen. So bila dapat peluang untuk shoot outdoor serius suke! 


But lama dah tak pergi outing untuk shoot. Tangan pon dah gigil bila pegang camera yela asyik pegang mouse je mendesign je kan.. -,-








opppssss boleh pulak terselit kat celah-celah ruang yang ada hahha.. Konon datang untuk meneman dan memberi sokongan moral.. Sekali kene paksa laaa so I  dengan muke tanpa rela pon join jela.. hehe






mana 1 saya?? alaa ofcoz la mek yang paling molek tu... hahhaha larikkkkkkkk!


Monday, December 2, 2013

Review: DEEP CLEANSING OXYGEN MASK

Salam,
okay hari ni kita nak review sikit pasal produk baru.. Betol-betol baru masih panas oii even tengah-tengah musim hujan sekarang ni. Korang cuci mata dengan gambar la dulu nanti kita cerita..












okay kebetulan akhir-akhir ni kita dimurahkan rezeki dengan dapat barang-barang secara percuma untuk jadi review dorang so kita terima dengan hati, tangan, fikiran secara terbuka.. Alhamdullilah.. okay stop!





untuk kali ni review untuk produk
dari keluaran company Charme Xerra.




kita tak sempat pakai lagi tapi yang pasti kita dah pakai kan untuk kakak dan adik kita untuk lihat review dari mereka pulak.. (kita buzy keluar keluar tu tak menyempat nak pakai)









dan dari yang kita lihat waktu mula pakai picit ke tangan manis uolls then sapu ke muka JANGAN ratakan sangat tapi biar macam ade dekat serata muka tu..
lepas tu buih-buih oxygen akan keluar POPP POPP dekat muka korang..
biarkan sampai BERBUIH terus dan dalam 5-10 minit korang lihat buih dah makin hilang so korang dah boleh URUT-URUT muka tu.. Bila dah penat berurut boleh la di basuh muka tu okay.





then rasa la kesan dia.. dari kata-kata kakak dan adik kita dia cakap rasa SEGAR sangat.. lembut ofcoz la kan.. faktor segar sebab dia ade Ekstrak Green Tea. Fungsi dia menyah toksin dekat muka kita dari kotoran yang ada. Siap ada Grape seed oil lagi.. Tapi yang kita tau ada beberapa lagi kandungan yang menarik perhatian kita.. korang try dulu nanti tau la..




boleh pakai 2 kali sehari juga..dan paling orang nak sekarang DCOM ni juga boleh mencerahkan muka anda.. (elehh lehhh suka kan kita pon suka!)





tapi.. yang kita research kan orang putih paling gemar buat Oxygen Mask ni.. Siap kalau boleh nak buat hari-hari kalau ada peralatan dekat rumah.. So yang ni fungsi dia sama tau.. boleh meremajakan muka anda sekalian. ohhh lupa ni produk formulated in Paris. 




InSyaaAllah if one day kita pakai kita cerita pengalaman kita pulak okay..








Selamat Mencuba!