Thursday, August 28, 2014

#3 DIY OOTD by Jayllytaa

Salam and happy Thursday everyone! 


DIY kali ni berbeza sikit tau, bukan nak buat hasil craft atau sebagainya tapi kali ni kita DIY outfit kita tak kesah la harian ke, untuk hari raya adiladha ke raya haji ke raya cina ke macam-macam raya yang korang create sendiri pon boleh.. Janji DIY OOTD hottss meletop yang korang impikan. 




Opps sebelum tu... Raya yang lepas Alhamdullilah saya dah bertunang pada raya yang ke3! Dan Alhamdullilah banyak yang saya dan tunang menDIY bersama.. (amboiirosakbahasa) Tapi Engagement DIY tu saya akan cerita next time okay! 

DIY kali ni kita buat OOTD by Jayllytaa.. Sebabkan raya tahun ni akan busy dengan nak masuk dapur ulang alik then my couzin tunang pulak pada raya ke 4 so rasa penyakit "M" tu membuak untuk tak pakai baju kurung pada hari dia tunang.. SO nak pakai ape yang still nampak menghormati majlis dan pada masa yang sama kita boleh buat kerja dengan selesa yang mungkin, setangkas halilintar dan sejelita Siti khadijah -,-"

  






Jadi OOTD by Jayllytaa pada hari raya ke 4 ialah "seluar" yang lebih familiar digelar Palazzo Pants . Serius ni OOTD terbaik dan selesa untuk dipakai dengan angin sepoi-sepoi bahasa so taklah panas atau berlecak diri korang bila buat keje kan. 









Palazzo Pants by Jallytaa ni kita buat sendiri. OPPS! bukan kita hantar jahit kat Tailor (memandangkankitatakpandaimenjahit BUT onedayakanpandaijahit hehe berangan!). Selalu nya kan kalau jenis kain macam ni orang buat kain payung, duyung, lipat, belah, but kali ni korang boleh cakap nak buat Palazzo. Memang dekat luar ade je jual yang dah siap but tak muat size la.. Cutting dia bukan citarasa la so korang buat sendiri cari kepuasan sendiri senang! Yang pandai jahit lagi jimat korang boleh jahit sendiri. 







Tips kain ni jenis Cotton jadi bila pakai lepas basuh akan jadi pengecutan sedikit. Jadi tips paling bernas diri ni dan sebenarnya sayang nak membazir kain masa Tailor ukur untuk tinggi suar saya cakap jangan potong langsung. Saya nak labuh2 tu even tinggi bukan la macam model hahha. Bila dah dapat amik ko labuh segelupok so kita pon lipat dah jahit jelujur SENDIRI. Dan bila nak pakai untuk kali ke 3 suar tu dah nampak senting jadi yg jahit Jelujur sendiri tadi tu dah boleh buka.. Kan dah jadi model molek gitu!





Tips lain buat sesuatu biar make sure boleh pakai untuk macam-macam majlis jadi takda la membazir! Jangan terlampau ikut edaran fesyen sangat nanti bergunung la baju dalam almari korang. Jadi Palazzo by Jayllytaa ni aim dia boleh dipakai seiring sejalan pada kenduri, hari raya, kerja, jalan, dating, duduk umah untuk melaram bersama suami! hehe 







And last but not least Blog Jayllytaa ade menjual kain OOTD by Jayllytaa ni.. Amacam happy tak????? Please la happy.. Cantik sama-sama kita! eh? cantikkekau! Tapi korang boleh buat dengan macam-macam kain ni nak buat baju pon boleh tau.. 





Jap gagahkan diri untuk kongsi idea bersama minda korang...











Okay ni semua dari client IG Fyzaza pandai dorang semua ni "me manipulate" kain yang berukuran 2 meter untuk nampak GAH dekat diri masing-masing.. OUH yeahh nampak pic terakhir abang tu?? tu dia gune kain bini dia.. BAGUS tak? hahah Bagus nye wife dia la buat kain boleh gune 2 in 1.. Sayang Abang sangat ni..









Dan pic ni menggunakan kain #3 Biru boleh lihat corak-corak kain yang lain dekat bawah okay..! Kalau berminat dah terang lagi bersuluh boleh la emel dekat ctjelita@gmail.com 
 Selamat Menjamu Mata Hati Minda Selera.... Hamboii!
















































#1 Jingga

#2 Merah Hati






#3 Biru

#4 Merah





#5 Ungu

#6 Biru






#7 Merah


#8 Biru





#9 Biru

#10 Dark Purple


#11 Hitam







#12 Merah

#13 Biru









Bye!









Friday, July 11, 2014

#2 DIY Buku Yasin (Part 2)

sambungan...




Sepatutnya sambungan untuk part 2 ni buku yasin yang dah siap. Tapi dugaan Allah tiada siapa yang tahu bila Office Ku dipecah masuk. Dengan PC kesayangan ku sekali hilang! bertapa sedihnya time tu. sobs..sobss...




Tapi sebelum kejadian kita dah siap print mockup untuk mintak pengesahan dari Masjid (Ustaz Yang Bertanggungjawab) sama ada Yasin yang kita buat tu betol atau tak. Yela Bab-bab agama ni bila lagi-lagi nak print dalam kuantiti yang banyak eloklah dapat pengesahan kan. Kang tersalah Tajwid ke apa parahh pulak..








and ni la mockup yang sepatutnya dah boleh print secara banyak tu. Kebetulan print 3,4 buku sebab ada yang terprint double page. So yang Final dah betul tinggal nak mintak pengesahan sahaja tapi mybe ada hikmah disebaliknya semua fail artwork kita semua hilang sebab PC semua hilang..









Muka depan DIY Yasin saya. Kalau ingat lagi tema kita nak buat macam buku sekolah guna Craft Paper dan macam buku sekolah agama la konon.. Tu tajuk depan siap korang boleh tulis nama Hak milik siapa yang dapat.. ^,^




dan belakang dia kita ada tulis satu "quotes" dan ikhlas dari kita dan pasangan... Tapi kecil jela kalau besar-besar Riak pulak orang kata.. Tulis nama pon at least ada la kenangan untuk kita kan..









bahagian dalam dia pulak macam buku sekolah betol2 siap ada garis-garis lagi....










Tapi.....





Kalau ikutkan kita, boleh je print ni balik sebab ada dalam emel yang kita pernah send untuk email. Tapi kita tukar 100% dan buat balik since PC kita dah hilangkan.. sebab Tajuk dia siap ada amalan pilihan Tapi dalam sebenarnya tak cukup info tu. Kita more focus pada doa Sebelum bacaan yasin, Al-fatihah, selawat, Yasin, (senang cite yang basic orang selalu buat.) dan dsb. Garisan dalam buku tu pon kita buang, Tukar Font dan menambahbaikkan apa yang patut..












So sebulan kita ambil masa untuk buat yang baru memandangkan kita buat bila time free dekat Office dengan kebenaran BOS. kang tak berkat pulak kan buat kerja time office hours.








Ni lah muka depan kita yang sekarang! Concept kita still sama
Clean + Craft/Recycle Paper + Buku sekolah agama + hand writing







Bahagian dalam dia pulak kita tambahkan texture more islamic dan jenis font konon-konon macam kita yang tulis la kan.











dan satu ruangan kosong NOTA mana la tau siapa yang dapat tu tiba-tiba tengah dengar ceramah ke nak tulis note boleh la kan tulis if emergency kes.











Kalau ikutkan hati mesti korang akan kata susah-susah je buat sendiri bagai kan. Tapi bagi yang gemar DIY dan dia tahu ape itu sentimental value for sure akan lebih gemar buat sendiri selain Jimat, Kepuasan dan Pengalaman.








Oraite tula sambungan DIY nye.. Selamat mencuba dan if korang rasa susah je nak buat kita boleh tolong bagi yang korang boleh print just pilih paper je senang!.and its FREE okay..








bye!














Tuesday, April 15, 2014

Copy Cat dan IKHTIBAR







MUHASABAH diri..



Tapi bila saya terbaca status sorang hamba Allah ni yang juga abang saudara ku,  buatkan saya lebih celik minda, terang hati, Ikhtibar diri.









HEBAT!
Ada pengajaran dekat situ... redakan hati dengan berzikir lama-lama bila hati dah reda, fikiran dah boleh fikir secara rasional baru kita nampak kelebihan di sebalik kekusutan yang berlaku.




Terima kasih Allah.











Thursday, February 20, 2014

Review: SELEPAS PENGGUNAAN DEEP CLEANSING OXYGEN MASK


Ingat lagi tak saya pernah buat review mengenai DCOM ni yang Oxygen POP POP dekat muka tu! Tapi time saya cerita tu saya tak pakai lagi kan just uar-uarkan adanya product tu sebab tak kesempatan nak pakai kan...






TAPI...TAPI!!!!!








Sekarang saya nak review selepas dah masuk botol yang ke3.. hehe sorry agak kelewatan disini. Mula-mula rasa malu je nak update blog pasal ni. Tapi fikir-fikir balik dah janji nak buat review bila dah pakai kan. (adekeorangbaceperasanje) Tak kesah la kan kita share je la ye pengalaman pakai DCOM ni.











Okay masa mula-mula dapat liat sikit nak pakai tapi sebabkan dulu ada stop pakai 1 produk ni muka ada naik ruam-ruam kecik yang tak pernah kene. Gundah gulana la jugak rasa. ISH dah kenapa kan tak pernah jadi macam ni tapi dalam hati sabar Allah nak Uji la ni..









So teringat produk ni then pakai la tu pun sekejap pakai sekejap tak.. Tapi masa first pakai BETOL-BETOL SEGAR la rasa muka ni. Tengok cermin pon rasa macam aihhh awat segar je nampak. Feeling sangatttt uolls!! Tapi ruam-ruam kecik tu still ada la cuma jadi lembut. Kalau tak keras je nak kata jerawat nasi tak tapi camtu jela. Lama juga 4 bulan tau ade je ruam tu.












Dalam hati fikir okay kat situ tulis sekali atau 2 kali penggunaan seminggu.. Takpelah seminggu sekali jela nak pakai Jimat  then produk baru takot terkejut kulit muka ni nanti kan. Niat dalam hati takpelah muka tak putih asalkan hilang la ruam-ruam tadi. Dari ruam, tangan duk gatal terus jadi jerawat.. aihhhh.. -,-'











So tiba-tiba tergerak hati tanya kawan (LELAKI) ehh muka dulu ada jerawat hilang dah pakai apa? Pakai DCOM tula.. UHHH?? Dia ni biar benor.. Pastu dia terus cakap dia bukan nye pakai seminggu 2 kali tapi hari-hari.. AMBOI kaya benor kau!! Dia buat DCOM ni jadi pencuci muka terus ada je dekat toilet rumah dia. Eh??? JAPPPP!! boleh ke pakai hari-hari?? Dia kata boleh je sebenarnya elok je pakai hari-hari sebab oxygen kan dari muka kita berhabuk sesak dah dia, kita bagi oxygen habis cuci semua sebab tu segar.. Tapi sebabkan jimat tu dia kata pakai 2 kali seminggu.








Okay rupanya macam-macam cara dorang pakai Deep Cleansing Oxygen Mask ni dan cara saya pakai pulak jauh lebih STYLE tau.. Taknak kalah juga -,-'







First pakai muka kene kering then tempek-tempek kan dekat muka jangan sampai sekata tau sebab nanti oxygen nak POP POP dekat muka korang.. nah tengok gambar bawah ni kalau korang still tak dapat gambar kan..



ni pun lambat snap picture oxygen dah nak MELETOP dah baru teringat nak review dekat blog. Tapi korang boleh bayangkan dah kan sekarang cara pakai dia macam mana?? JANGAN SEKATA kan.! Biar la dia berkumpul seketika di muka tu dan saya letak BANYAK dekat tempat yang ruam @ jerawat @ jadi bekas jerawat sekarang Deep Cleansing Oxygen Mask ni. Biar bagi dia nafas baru sikit.. Bila Pakai rasa mengenyam cikit sebab dia Letop-letop kan. Biarkan la dalam 10-15minit Tapi lepas tu bila tengok cermin..........






















....


































hehehe patot la gatal muka ni jadi Buih-buih dengan sendiri nya, tu oxygen sudah terjadi.. Tapi lepas dah habis muka ni naik seram banyak buih saya pon ratakan buih sambil jari-jari tembun ni mengurut-urut muka. Dan biarkan untuk jadi mask pulak. Perasan kan nama pon DEEP CLEANSING mencuci hingga ke dalam OXYGEN MASK  dan jadikan sebagai oxygen mask.









Lepas rasa puas hati nak basuh so boleh la basuh ikut suka korang la nak pakai berapa lama ikutkan hati ni tak nak membazir tu pakai sampai setengah jam..hahaha! HUH ni nak cuci pulak pergi buka peti ais then ambil air batu ketul-ketul yang ada jangan ambil satu tong marah kang mak korang then letak dalam gayung alaa selalu 3 ketul ais je letak then agak-agak air tu sejuk yang boleh buatkan muka korang rasa kesejukan tu bilas la muka tu sambil urut-urut muka macam nak cuci muka gune pencuci muka tu nanti kuar buih lagi.. TAPI AIR SEJUK SANGAT TAK ELOK OKAY! Then pergi cari cermin tengokkk arghhhhhhhhh segarrrrrrr!!!!!! Lepas dah lap muka la jangan air tercicir-cicir dah tak sabar nak tengok cermin.






Okay tapi cara pakai ais tu diri ni yang mandai-mandai je tapi tula cara saya pakai ✌ klau korang rase lagi best pakai macam biasa terserah dong! OPPSS! lupa saya pakai malam sebelom tido dan kalau rajin seminggu terus hari-hari pakai.















EHHHH...





Hasilnya now tinggal bekas-bekas jerawat tengah di usahakan untuk bikin hilang bekas-bekas ni. Taknak dah putih sepantas kilat, selaju petir, setangkas halilintar. Asalkan kulit muka ni segar, sihat, ceria je bila di belai dah Alhamdulliah..






tips yang saya beri tu cara DIY facial hujung minggu dirumah, almaklumlah tak pernah pergi facial-facial ni takot dan Jimat kan.







ouuhhyeahh.. nak saya belikan??
okay emailkan dekat ctjelita@gmail.com nanti saya reply In Syaa Allah.







okay selamat mencuba uoollsss!





Di Antara Kebaikkan 
CX O2 Essence 
Deep Cleansing Oxygen Mask adalah :

*Diformulasi bagi merawat masalah kulit seperti jerawat, jeragat, bintik hitam..

*Memutih dan mencerahkan kulit..

*Melambatkan proses penuaan kulit..awek muda..kulit tegang..

◆ Active ingredients CX O2 Essence:Oxygen,Grape Seed Oil,Green Tea Extract,Yeast Extract, etc..

◆ Produk ini di buat/kaji dekat Paris and it's manufactured in Singapore. Ianya juga memberi kesan serta merta kepada pengguna..

◆ Dengan harga RM 72, Anda akan merasa perbezaannya, Deep Cleansing Oxygen Mask adalah product yang semakin popular di kalangan orang ramai, silakan mencuba...

★ O2 Essence
★ Deep Cleansing Oxygen Mask..

◆ Bertidak sebagai serum bagi merawat masalah kulit



Boleh lihat di Fb Deep Cleansing Oxygen Mask